**Please do not call or sms till 30th Dec.Myself can be reach via email linda@kaoricake.com.my for any enquiries.**
Sudah hampir seminggu aku berjalan,baru hari ini mampu ku catatkan sedikit coretan perjalananku.Kali ini coretanku bukan mengenai tempahan kek seperti yang selalu aku paparkan tetapi diari perjalanan tahunan sekeluargaku.Perjalanannya,bermula dari lapangan terbang Pulau pinang ke Singapore dan kemudiannya ke Narita,Tokyo menaiki Singapore Airline.Menaiki Airbus380 yang agak baru modelnya sangat2 mengagumkan aku.Setelah 5 jam 30 min berada di awan,aku sampai di Narita 7.30 pagi JST(6.30 Malaysia Standard Time).Aku terus bergegas ke kaunter tiket dilapangan terbang narita untuk menukar “Exchange order” ke Japan Railpass.Dengan BAyaran RM1090 seorang,anda boleh menggunakan JApan railpass untuk kemana-mana destinasi di jepun,samada bas,LRT,monorail ataupun bullet train asalkan is nya dibawah bumbung Japan RAilway.
Dari Narita aku sekeluraga menaiki Narita Express(NEX) ke shinjuku(90 min) dan kemudiannya ke Hachioji(40min).Didalam NEX
Gambar yang dapat kurakam ketika didalam NArita express menuju ke Shinjuku,Tokyo.Suhu yang amat dingin di luar sekitar 3C menampakkan betapa hilangnya kehijauan tumbuh-tunbuhan di luar .

Bangunan AEON yang dapat dirakam

LRT /Elertric train yang berselisih ketika itu
Setibanya aku di Hotel Keio Plaza Hachioji dengan bayaran 8400 yen semalam(Rm330,paling murah yang dapat ku cari untuk 4 orang dengan menggunakan company rate) ,terus landing sekeika.Waktu itu jam menunjukkan waktu hampir pukul 2.
Makanan petang kami di hari pertama.Kitsune Soba 290 yen(rm11) dan Tempura Soba 350 yen(Rm14) makan ala kantin gtu,kena beli kupon kat vending machine baru leh dapat makanan.inilah salah satu cara untuk menikmati makanan paling murah disini )

Pastu makan malam pulak pekena KAKI FRY(oyster fry) dengan shitake taki komi gohan onigiri+inari zushi dan juga makan kegemaranku TAKO YAKI



Nanti ku cerita lain ya…tak larat nak menaip..lagipun tak pandai nak bercerita..cerita live lajuuuu..kalau menulis..slow nak mampusss











