Alhamdulilllah..Hari Raya aidil Fitri 1 shawal telah pun berlalu dengan penuh meriah .Disambut dengan keluarga tersayang dan sanak saudara dan bulan Ramadhan kali ini juga aku lalui dengan penuh tenang dan memperolehi rehat yang secukupnya tanpa mengambil sebarang tempahan raya dan kek.Sebulan yang indah untuk mengembalikan tenaga ku..
Pada yang menghantar email dan menelefon untuk tempahan,terima kasih banyak2 kerana sudi memilih KDC.
Kek hantaran dan kek untuk majlis “potong kek” buat Bahiyah.Bahiyah membuat tempahan awal dari KDc..lebih kurang 5-4 bulan sebelumnya tarikh perkahwinanya yang berlangsung pada hari raya ke-4..Mahukan tema modern dengan rona purplish pink (FUCHSIA)..Tidak banyak “songeh” kek nie..segalanya berjalan lancar dari penyediaan bahan hingga ke dekorasinya.
Kek Coklat lembab ini aku lapisi dengan krim blueberry dan diselimuti dengan fondant rona pink lembut dan fuchsia.Hiasan moden yang mudah sekadar tampalan fondant berbentuk syiling dan hati.Kepingan dua hati pula aku jadikan sebagai “cake topper”.
Ditempah sebagai hantaran dan design nya adalah seperti yang telah ku buat sebelum ini.Aku telah membuat design seperti ini hampir sepuluh biji kek hantaran.Design nya mudah dan tenang menjadi pilihan individu untuk majlis penting mereka agaknya.Terima kasih buat Bahiyah kerana sudi berurusan dengan kak Linda.
**Rumah Bahiyah didepan rumah pak menakan kak linda..kebetulan yang mmg betul.Kecilnya dunia.
Monday, 28. September 2009
i likeee….x sabar nk jmpe akak….