0909260035a
Majlis yang berlangsung pada hari raya ke-4 juga di Sungai petani,kedah.
Ain dari Sarawak telah email KDC untuk membuat wedding cake 3 tingkat buat adiknya.Kami bertemu di tepian Tol unruk penghantaran disebabkan diriku sedikit sibuk dari biasa.Sebelum aku menceburi bidang ini,tidak pernah terlintas di fikiran ku yang ada juga pasangan yang melangsungkan perkahwinan di musin perayaan Aidil fitri..mungkin disebabkan ketika inilah saudara mara berkumpul agaknya ya..
Kek dari hiasan fondant rona  putih dan kuning lembut dengan “rusty basket design” disekeliling kek  menjadi pilihan hiasan ku kali ini.Bunga mawar kuning dan merah pula ku jadikan sebagai penyeri hiasan kek ini.
Terima Kasih Ain kerana sudi berurusan dengan kak linda.
0909260033a1
Kali pertama aku menghias wedding cake berwarna kuning sebegini.Sejuk mata memandang.Seperti hiasan kek sebelumnya..aku hanya mengambil masa yang singkat utk menghias kek ini.Tidak banyak kerenah.
“Free mind lead to free way….”
Alhamdulilllah..Hari Raya aidil Fitri 1 shawal telah pun berlalu dengan penuh meriah .Disambut dengan keluarga tersayang dan sanak saudara dan bulan Ramadhan kali ini juga aku lalui dengan penuh tenang dan memperolehi rehat yang secukupnya tanpa mengambil sebarang tempahan raya dan kek.Sebulan yang indah untuk mengembalikan tenaga ku..
Pada yang menghantar email dan menelefon untuk tempahan,terima kasih banyak2 kerana sudi memilih KDC.
0909260031a1
Kek hantaran dan kek untuk majlis “potong kek” buat Bahiyah.Bahiyah membuat tempahan awal dari KDc..lebih kurang 5-4 bulan sebelumnya tarikh perkahwinanya yang berlangsung pada hari raya ke-4..Mahukan tema modern dengan rona purplish pink (FUCHSIA)..Tidak banyak “songeh” kek nie..segalanya berjalan lancar dari penyediaan bahan hingga ke dekorasinya.
Kek Coklat lembab ini aku lapisi dengan krim blueberry dan diselimuti dengan fondant rona pink lembut dan fuchsia.Hiasan moden yang mudah sekadar tampalan fondant berbentuk syiling dan hati.Kepingan dua hati pula aku jadikan sebagai “cake topper”.0909260026a
Ditempah sebagai hantaran dan design nya adalah seperti yang telah ku buat sebelum ini.Aku telah membuat design seperti ini hampir sepuluh biji kek hantaran.Design nya mudah dan tenang menjadi pilihan individu untuk majlis penting mereka agaknya.Terima kasih buat Bahiyah kerana sudi berurusan dengan kak Linda.
**Rumah Bahiyah didepan rumah pak menakan kak linda..kebetulan yang mmg betul.Kecilnya dunia.