
Tengok tu betapa asyik kawan2 ku mendeko..sampai berdiri..bukan apa..kerusi umah ku keras..heheh
Kelas dihadiri oleh Aishah,Ziela puppet dan Kak Zan..(max student untuk kelas ku..mcm main masak2 lak..riuh rendah dgn gelagat masing2)

Waahh..cantik dan licinnya.Inilah hasilnya kalau menghadiri kelas choc deco KDC ya..Kak Zan dah terbayang2 nak wat hantaran untuk anaknya.Aishah dan ziela lak..tak mau deko lebih2 sebab takut cacat kek mereka


Cantik-cantik sekali bunga ros yang mereka hasilkan menggunakan ganache.Disebab kan masa yang terhad mereka tak sempat untuk membuat bunga ros dari white ganache dan aku menggantikan bunga daisy dengan menggunakan white choco ganache.
Jadi di kelas choco deco KdC pelajar akan diberi resepi dan tips untuk membuat ganache dari dark choco,white choco dan milk choco…bukan senang untuk menghasilkan ganache yg sempurna dan lazat…aku berkongsi resepi dan tips dari hasil cubaan ku yg hampir berbulan2 lama nya sebelum aku memberanikan diri menceburi bidang bakery ini.Sekarang kawan2 ku yang menghadiri kelas lebih yakin dan tahu bagaimana untuk mendapatkan permukaan kek yg licin dan berkilat.









