Adam Amirul Haziq is 8.
Teringat aku kisah 9 tahun lalu ketika Gynaecologist mengesahkan yang aku hamil.It takes time for me to conseive a baby..terasa amat perit dan terluka setiap kali pertanyaan “belum ada lagi ka”dari kenalan dan sedara2 terdekat.Diri ini begitu memahami perasaan pasangan yg menunggu detik bahagia mereka untuk menjadi ibu dan ayah…Sehingga kini aku tidak pernah bertanya pasangan yang ku jumpa tentang anak mereka sekiranya aku melihat mereka berdua sahaja,melainkan mereka memulakan perbualan tentang anak-anak mereka kepada ku.Terlalu pedih soalan itu walaupun ianya indah didengar oleh pihak yang prihatin.
Alamak melalut lak…
Sebenarnya diri ini ingin bercerita tentang “goody bag”yang aku sediakan untuk anakku ke sekolahnya..just a small thing but I did it with full love to him..


Nie Resepinya.Mudah dan murah…satu idea baru yang KDC nak share..
100 gm bubble rice plain/coklat
100 gm coklat putih/dark dicairkan
20 mini kon aiskrim
Gula hiasan
CARA:
Cairkan Coklat dan masukkan kedalam bubble rice.Gaul sebati dan masukan ke dalam kon ais krim
Hiaskan dengan coklat cair berlainan perisa(for the look impact) dan taburkan dengan gula hiasan.Mudah dan murah
Pastu leh pek cam nie.
Nie lak cuppies yang aku hias utknya
Versi “cincai”bila dah malas

Yang nie la bahan2 yang digunakan lam membuat Bubble rice cone..










